Sunday, February 22, 2015

SILA LAYARI FACEBOOK BANGCIK DELIMA

Friday, November 6, 2009

Batu Akik

Batu akik,sudah tidak asing lagi untuk peminat batu permata.Terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk dengan corak tersendiri.

AKIK MALEK (SOLD)


Warna biru serta bercorak yang sukar didapati,bersaiz besar dan telus cahaya.Hanya sebutir dalam koleksi.Bgi peminat akik jangan lepaskan peluang ini.

Harga Rm 480










Cahaya pen light pada bahagian bawah batu.

Saturday, September 5, 2009

JJ ATAU ZAMRUD

Baru -baru ini saya terima pertanyaan dari seorang sahabat tentang batu JJ perbezaannya dengan zamrud asli.Sebenarnya JJ adalah batu atau permata rekaan secara saintifik yang dibuat di makmal.Tahap batu JJ pada masa sekarang sudah menghampiri batu asli dari lombong dan ada setengahnya lebih cantik dari yang asli.Sukar untuk kita bezakan antara yang asli dan juga tiruan.Bagi batu zamrud,semestinya senonim dengan warna hijau samada hijau muda hinggalah hijau pekat bergantung kepada gred.Sebagai contoh gambar dibawah menunjukan batu JJ (DISEBUT ZAMRUD OLEH SESETENGAH ORANG) dan juga zamrud asli dari Columbia.


Dari warna dan corak yang terdapat pada bahagian dalam batu,batu ini boleh disalah anggap sebagai zamrud asli dan harga juga dijual pada standard batu zamrud.Dari segi zahir tidak ada nampak kecacatan yang ketara pada batu JJ ini.







Ini pula adalah zamrud asli dari Columbia,kalau dibuat pilihan sudah semestinya yang diatas lebih cantik dari yang asli.Antara perbezaan yang terdapat adalah seperti ciri-ciri:-


Batu asli
Tidak terdapat gelembung udara(bubble)dibahagian dalam batu.Kalau ada pun hanya yang halus akibat proses pemanasan semujadi dalam bumi.

Kilauan batu berbeza antara sudut yang berlainan berbeza JJ yang berkilau macam permukaan kaca.

Batu asli bila digenggam biasanya sejuk seperti batu yang baru diambil dari sungai berbeza JJ yang mengikut keaadan suhu setempat.

Corak batu asli berbeza antara satu sama lain pada bahagian urat atau rerambut dan kadang kala terdapat tompokan(inclusion)akibat mendapat tanah sekeling di perut bumi,tidak seperti JJ yang mana kalau dilihat coraknya adalah sama kerana bahan yang digunakan adalah secara pukal untuk pengeluaran.

Batu asli tidak melalui proses ' lead glass' atau barium untuk menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut.Proses ini kadang kala meyebabkan serpihan berlapis setelah beberapa lama dipakai.

NOTA
Disamping zamrud terdapat berbagai lagi JJ dikeluarkan dan salah satunya ialah delima seperti gambar yang ditunjukan dibawah.


Batu 'delima' JJ yang ditengah sekali memang cantik dan menarik dan banyak sekali di pasaran berbanding delima asli Burma yang disebelah kanan(2 butir)yang didapati dari lombong terkenal bahagian timur laut Burma.Itulah serba sedikit yang dapat dijelaskan tentang JJ dan juga batu asli dan dialukan jika terdapat maklumat tambahan untuk dikongsi bersama.
T/kasih kepada sahabat En.Hatta yang begitu mengambil berat tentang jualan batu palsu untuk renungan bagi peminat dunia batu permata.





DELIMA DAGING DAN TRANSPERENT

Permata delima terdiri dari keluarga corundum seperti juga nilam,cuma yang membezakan keduanya ialah warna.Delima atau ruby (diambil dari perkataan latin 'ruber' )mempunyai pelbagai warna merah berbeza dari tempat dan kandungan deposit batu itu sendiri.Nama delima Burma atau 'pigeon blood' lebih tertumpu kepada kuali dari asal deposit itu sendiri.Warna merah darah dan bayangan kilauan biru beserta tanda garisan atau titik yang tidak bertumpu menjadi delima salah satu permata yang sangat unik.




Delima daging:Namanya dikenali sedemikian rupa kerana struktur garisan yang terbentuk berlapis-lapis seperti lapisan daging segar.Delima ini kebiasaanya padat dan berwarna merah gelap tertakluk kepada stuktur deposit kawasan kewujudanya.Kadangkala garisan yang terbentuk disalah sangka sebagai garisan retak pada permukaan dan hakikatnya permukaan tidak terjejas atau tercalar.Kebanyakan delima daging itu mempunyai 'star' atau asterism pada permukaan yang membentuk 6 garisan tepat apabila terkena cahaya.Pada masa sekarang wujud delima sintetik yang begitu sukar dibezakan dengan yang asli sehinggakan 'star' yang timbul di permukaaan seolah-olah tulen(hasil daripada proses penggarisan laser).





Delima Transparent:Juga terdiri dari keluarga corundum cuma sifatnya lebih menyerlah.Warna merahnya telus sebarang cahaya yang dilalukan dan kebiasaannya biasan cahaya yang terperangkap dalam batu ini membolehkan kita melihat pada bahagian dalaman batu itu sendiri samada dari segi struktur,inclusion dan juga garisan yang seakan -akan jarum.Delima ini bisanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi tertakluk pada kecerahan warna,saiz, inclusion dan corak potongan.Biasanya delima ini mempunyai serapan berwarna biru dan untuk menghilangkanya proses pemanasan dilakukan untuk mengatasi masalah ini.Terdapat juga delima jenis ini mempunyai 'star' tetapi amat jarang diperolehi.Banyak delima sintetik ditiru dari delima jenis ini kerana silica atau beril mudah diadun untuk warna dan juga kekerasan.

Specification:
Color:Varying red
Color of streak:white
Mohs' hardness:9
Density:3.97-4.05
Cleavage:none
Fracture:small conchoidal,splintery,brittle
Crystal system:(trigonal)hexagonal prism or tables,rhomboheddrons
Chemical composition: Al2O3, aluminium oxide
Transparency:transparent to opaque
Pleochronism:strong;yellow red,deep carmine red
Absortion:694,693,668,659,610-500,476,475,468
Flourescence:strong;carmine red

Friday, July 17, 2009

STOK TERBARU (nilam ceylon/cincin delima/zamrud columbia

Stok baru untuk nilam Ceylon,cincin delima Burma dan zamrud Columbia.Sila layari pada bahagian permata berikut untuk mendapatkan kenyataan dan juga harga.

Friday, May 1, 2009

NILAM CEYLON

Baru -baru ini saya terima pertanyaan dari seorang peminat batu permata tentang nilam dari Ceylon,dan kebetulan pula rakan saya masih berada di sempadan Burma pada masa itu.Hasil pencarian di sekitar penjual permata di situ terdapat dua butir Nilam yang di lombong di Ceylon.Mengikut keterangan Nilam ini berasal dari lombong tua(lama)dan warna batunya cukup menarik.Disamping nilam, stok baru untuk delima juga disediakan untuk tatapan.Sila layari stok terbaru dan permata kami di jamin 100% asli dengan harga yang menarik




Setakat pengembaraan dan pengalaman bersama-sama penjual permata dari Burma dan Thailand,warna yang diidamkan oleh peminat umpamanya delima yang merah menyala tidak semestinya menjanjikan permata itu tulen.Memang diakui kewujudan permata tersebut tapi harganya pula mencecah dari rm10000 ke rm30000.Kesemua gambar permata yang di-siarkan adalah tulen dan tidak diubah suai pada mana-mana bahagian.

delimakaca@gmail.com

Nilam Ceylon (Nc 01) Rm 480 (sold)

Nilam Ceylon(Nc 02) Rm 280 Code Nc 02 -BARU SAMPAI(Harga serendah RM120)
Mempunyai air yang sangat cantik.

Sold to NurAzzah - tq

100% asli dari Ceylon .
KEHABISAN STOK!
AKAN TIBA SEDIKIT MASA LAGI



STOK TERBARU NILAM CEYLON
Nilam Ceylon kembali lagi dengan warna dan air yang menarik untuk peminat batu nilam Ceylon ini.Pelbagai saiz dan corak dari yang comel hingga saiz seperti sebelumnya masih lagi pada harga mampu milk.

PELBAGAI SAIZ DAN CORAK
MASIH LAGI PADA HARGA RM 120




















Nilam Ceylon Saiz Sederhana Istimewa (last stok) SOLD



Nilam Ceylon transperant cukup menarik,mempunyai urat halus didalam
dengan air yang cukup cantik.
Hanya sebutir dalam stok
Rm 300











saiz sebenar dengan ukuran syiling.(1.9 cm)












STOK TERBARU NOVEMBER


Corak semulajadi dengan dwi warna transperent.
Harga Rm 170 sebutir.












Saiz Besar untuk peminat batu cincin yang bersaiz besar dn juga sesuai untuk loket wanita.

Thursday, April 30, 2009

PERMATA BAIDURI

Hitam itu menawan-itulah pepatah yang sering kita dengar.Baiduri,permata hitam yang bersinar ada yang mengenalinya sebai black sapphire dan ada yang memanggilnya onynx.Dengan harga Rm 100 anda mampu memiliki koleksi Baiduri dalam kelasnya yang tersendiri iaitu "Baiduri star"antara himpunan permata yang tercantik.Biasan 'star' akan terbentuk secara semulajadi jika terkena biasan sebarang jenis cahaya dan ianya 100%
asli dari perut bumi.





Hanya Rm 100 sebutir untuk
"Baiduri star".Hitam bersinar
dan star yang cukup jelas jika
terkena pancaran cahaya.

Friday, April 17, 2009

BURMESE STAR RUBY(DELIMA STAR)

Star Ruby,which are becoming more rare,are very popular for men's ring.Star Ruby are judge by the sharpness of the star, the evenness of the rays or 'legs' of the star,and the body color of the Ruby. It is extremely rare to find a star Ruby with a sharp star and bright color.
The ancients regarded star Ruby as a very powerful talisman, a guiding star for travelers and seekers of all kinds.

You are looking at an incredible precision polished, finest color,100% BURMA STAR RUBY from earth mined.Its brilliance and color can be seen in any of lighting and look very beautiful in any setting of your choice.
This Ruby has NOT been lead glass filled or any color enhancement,which most Rubies on the market today are.
This color and clarity is trully a RARE FIND and is as good as it gets.A very well defined star and the color distinction is very uniform!!!You won't believe how much difference precision polishing has made in the look of this gem !!! The retail value of this RUBY is Rm ????



CODE SRL 01 - LIMITED STOCK! SOLD
Got three sizes from small,medium and large
special price for everybody!

Rm 160/pc - small (Average 6 ct+ )

Rm 200/pc - medium (Average 12 ct + )

Rm 250/pc - large (Average 16 ct + )








SPECIAL MEGA SIZE

Nice Ruby with a sharp six legs star oval cobochon shape.Very rare for this this size with a beautiful color. Code (SRN 01) Rm 1700- Negotiable


SOLD!!! to Hj.Jamil





Outstanding luster with a sharp six leg star round cut.Amazing color at any lighting.
Code (SRN 02) Rm 1500- Negotiable
SOLD





CODE SR 02
Mogok old mine star ruby,nice sharp
rays . 4.09 ct(last stock)

Rm 180







Code C01 - Star ruby ring (silver)


Price Rm 420 SOLD









Stok terbaru November.

Kilauan yang cukup memikat dengan warna merah/pink yang agak sukar didapati.Menarik untuk cincin yang comel dan hiasan braclet wanita.
Harga Rm 170 sebutir.









Seperti sebelumnya,delima star merah hati atau
merah gelap dengan saiz yang menarik untuk cincin.
Harga Rm 170 sebutir